Tuesday 24 November 2015

Pemenang Program NILAM 2015

PROGRAM NILAM


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Untuk itu SK BIDOR 2, telah melaksanakan program NILAM pada tahun ini dengan menawarkan hadiah utama bagi pembaca terbanyak. Pemenang ialah NUR FARA SHAKILA BINTI MUSA dari kelas 4 Elit yang telah membaca sebanyak 448 buah buku pada tahun 2015. Tahniah!

Tahniah! Nur Fara Shakila bt. Musa 4 Elit

pemenang diraikan bersama dengan Pn. Ruziah (PK 1), Pn. Hadijah (Penyumbang Hadiah) dan Pn. Siti Sofur (GPM)

Teruskan Kejayaan!

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin