Tuesday, 8 April 2014

SILA HINDARI BERITA PALSU WRITTEN BY ABD. RASHID.

Semua, Pengetua/ Guru Besar dan PK/GK Pentadbiran negeri Perak, Sejak awal tahun ini, Unit Pengurusan Maklumat dapat mengesan dan menerima aduan berkaitan tersebarnya berita berkaitan Jawatan Guru Data telah/ akan dimansuhkan. Akibatnya, ada pihak pentadbir sekolah telah mengarahkan Pembantu Tadbir melaksanakan pengisian EMIS Online. Ada juga telah mengambil langkah menghapuskan jawatan Guru Data dan/atau ditambah jumlah waktu mengajar. Lebih malang terdapat sekolah Guru Data tidak lagi kemaskini data EMIS Online kerana digantikan dengan Pembantu Tadbir. Sukacita dimaklumkan, pihak JPN Perak TIDAK menerima apa-apa surat rasmi berkaitan perkara ini dari KPM dan Pekeliling Ikhtisas Bil.14/2007 berkaitan Tugas Guru Data masih berkuat kuasa. Mohon kerjasama semua Guru Data yang telah diarahkan bertukar jawatan atau ditambah waktu mengajar disebabkan berita ini membuat aduan rasmi kepada Pengarah Pendidikan Perak pada kadar segera. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin