Friday 30 October 2015

MASTERCHEF JUNIOR


Pada 30 Oktober 2015, murid-murid tahun 6 bersama-sama dengan guru bekerjasama untuk aktiviti memasak. Jom tengok, sedapke tidak...??
Inilah hasilnya...
Ini pula juri-jurinya...

JAMUAN MURID TAHUN 6

Jamuan murid tahun 6 bagi tahun 2015. Doakan kejayaan mereka setelah gigih berusaha dengan cemerlang melalui peperiksaan UPSR yang lepas. Terima kasih, buat guru-guru yang telah menjayakan jamuan ini meskipun masing-masing sibuk dengan tugasan sedia ada. Hanya Allah yang dapat membalas segala-galanya.


Monday 26 October 2015

CERAMAH & DEMONTRASI PIHAK BOMBA

CERAMAH & DEMONTRASI PIHAK BOMBA

Anjuran :
Unit Bimbingan & Kaunseling SK Bidor 2

Tarikh & Hari:
26 Oktober 2015 (Isnin)


Keterlibatan Guru-Guru & Pihak Bomba



Keterlibatan murid-murid & Pihak Bomba
Pada 26 Oktober 2015 (Selasa) Pihak Bomba & Penyelamat Bidor telah dijemput oleh Unit Bimbingan & Kaunseling ke SK Bidor 2, untuk menyampaikan ceramah mengenai langkah-langkah keselamatan dan demonstrasi memadam api.

Terima Kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai bomba yang telah hadir. Diharapkan murid-murid dapat menghargai ilmu dan teknik yang telah disampaikan serta menjadikannya sebagai panduan di dalam kehidupan yang sebenar.

Sunday 11 October 2015

CERAMAH AIDIL ADHA PERINGKAT SEKOLAH

SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM

(CERAMAH AIDIL ADHA)

Disampaikan oleh:
al-Fadhil Ustaz Safri b. Mahayedin

Masa:
7.30 pg - 8.30 pg (Isnin)

Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam

Pada 12 Oktober 2015M bersamaan 28 Zulhijjah 1436H Panitia Pendidikan Islam SK Bidor 2, telah mengadakan ceramah sempena memperingati hari kebesaran Islam iaitu Aidil Adha. Antara intipati penyampaian ceramah ialah asal usul keluarga Nabi Ibrahim a.s  dari permulaannya sehinggalah kepada perintah oleh Allah s.w.t mengenai Qurban. Banyak input baru yang diperoleh oleh warga SK Bidor 2, khususnya guru-guru dan murid-murid. Semoga ianya menambahkan rasa cinta kepada Allah s.w.t dan RasulNya. InsyaAllah.





Wednesday 7 October 2015

PESTA SUKAN & KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI (JOGATHON)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERAK

2-4 OKTOBER 2015

KELOLAAN:
PPD BATANG PADANG


PENGERUSI:

PN. WAN ANISAH BT. WAN HUSIN

NAIB PENGERUSI:

EN. ZAKRI B. DESA
EN. TARMIZI B. HUSAIN
PN. RUZIAH BT. ABDURI
EN. MOHD KHAIRIL AZIZAN B. MOHD ZAMRI

SETIAUSAHA:

PN. NUR HIDAYAH BT. KAMAL

PENGERUSI TEKNIK:

EN. AGUSTIN A/L SAVARIMUTHU
(SMK SYEIKH ABD GHANI, BIDOR)

Pada 3/10/2015, SK Bidor 2, telah menjadi tuan rumah bagi acara jogathon. Penyertaan terdiri daripada 11 pasukan iaitu, Kinta Utara, Kinta Selatan, Kerian, Larut Matang & Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Batang Padang, Hilir Perak dan JPN. Acara jogathon ini telah berlangsung pada jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta. Seterusnya kepada semua guru-guru dan staff SK Bidor 2 yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Diharapkan melalui aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kita.

Warga SK Bidor 2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan dan menjayakan Acara Jogathon Pesta MSKPP kali ke-43 Peringkat Negeri Perak Tahun 2015.




Peserta Berlepas

Semangat Berpasukan
Kejayaan Peserta


Tahniah dan Syabas!




Penjaga Checkpoint






Trek Jogathon

Guru Bertugas, Murid & Polis

Pandu Arah


AJK Kecemasan & JPAM


Keselamatan



Tahniah!

Syabas!


Jazakumullahu Khairan Kathira (جزاكم الله خيرا كثيرا)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin