Thursday 30 May 2013

Wednesday 22 May 2013

Selamat bercuti, hati-hati dan jangan lupa buat ulangkaji

Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Buat semua pelajar, jangan lupa buat ulangkaji. Buat guru-guru, kerja yang belum beres selesaikan dengan hati-hati.

Tuesday 14 May 2013

DEDIKASI BUAT GURU-GURU SKB2

Sajak Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
USMAN AWANG 1979

Thursday 9 May 2013

SEM|NAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP)

SEM|NAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) TAHUN 2013 ANJURAN BERSAMA INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) DAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK (JPN). Tarikh: 11 Mei 2013 Hari: Sabtu Masa: 8.00 pagi Pakaian: Pakaian kerja Tempat: SMK Sheikh Abd. Ghani Bidor

Wednesday 1 May 2013

Karnival Bahasa Inggeris Kelompok 3

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kelompok 3 diadakan pada ketatapan berikut: Tarikh : 2hb Mei 2013 Hari: Khamis Masa: 2.00 petang Tempat: Dewan terbuka SK Bidor 2 Harap maklum.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin