Monday 25 February 2013

PEMBERITAHUAN: PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013(SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013)

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2013: PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013(SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013) Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 5 Tahun 2013 berkaitan perkara di atas. Surat ini terpakai kepada sekolah-sekolah yang memohon dan lulus cuti berganti Tahun Baru Cina sahaja.

Sunday 24 February 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 28 Febuari 2013 Hari: Khamis Masa: 2.30 petang Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2 Perasmian Oleh : YB Datuk M Saravanan Kehadiran ibu bapa penjaga amat diharap demi pendidikan anak-anak tuan puan. GBskb2

Tuesday 5 February 2013

PERJUMPAAN IBU BAPA PENJAGA

Adalah dimaklumkan SK Bidor 2 akan mengadakan perjumpaan ibu bapa dan penjaga bersama anak mereka tahun 6 untuk berdiskusi bersama guru besar dan guru-guru mata pelajaran anak mereka. Tarikh perjumpaan adalah seperti ketetapan berikut: Kumpulan 1: 5 Febuari 2013 (2.30 ptg) Kumpulan 2: 6 Febuari 2013 (2.30 ptg) Kumpulan 3: 7 Febuari 2013 (2.30 ptg) Tujuan perjumpaan untuk berdiskusi berkaitan pencapaian pelajar tahun 6 dan persedian untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Kerjasama semua pihak amat diperlukan demi kecemerlangan UPSR 2013. "GURU CEMERLANG, PELAJAR TERBILANG, SKB2 TERJULANG"

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin