Thursday, 14 November 2013
KEPUTUSAN UPSR 2013
MAKLUMAN KEPUTUSAN UPSR SKB 2 2013 TELAH DIUMUMKAN. KEPUTUSANNYA SERAMAI 7 ORANG MENDAPAT 5A MANAKALA 8 ORANG LAGI MENDAPAT 4A 1B. PENCAPAIAN GPS DAN PERATUS LULUS MENINGKAT KEPADA 2.43(GPS). TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU-GURU SKB 2 YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG DAN TIDAK LANSUNG. "1 TEAM, 1 SPIRIT & 1 GOAL"
Wednesday, 13 November 2013
KEPUTUSAN UPSR 2013
Pelajar yang mendapa 5A
Pelajar yang mendapat 4A 1B
Pelajar yang mendapat 3A 2B
Pelajar yang mendapat 2A 3B
Pelajajar yang mendapa 1A 4B
Peratus Lulus
Friday, 8 November 2013
KEPUTUSAN UPSR 2013
Maklumankepada semua pelajar dan ibubapa. Keputusan UPSR 2013 akan diumumkan pada 14 November 2013 bersamaan hari Khamis. Keputusan peringkat sekolah akan dikeluar selewat-lewatnya pukul 10.00 pagi bergantung kepada keputusan yang diterima oleh pihak sekolah. Tq.
Monday, 9 September 2013
PEPERIKSAAN UPSR 2013
Esok merupakan hari penentuan bagi 76 pelajar SK Bidor 2 dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Semoga semua warga sekolah dan ibu bapa sama-sama berdoa untuk kejayaan pelajar dan sekolah.
Percayalah jika kita dah lakukan yang terbaik selebihnya kita bertawakal. Insyaalah kejayaan tetap ada.
Semoga semua 76 orang pelajar ini mampu mengharungi peperiksaan UPSR esok.
Selamat berjaya.
Anda boleh lakukan. PASTIKAN 5A DALAM GENGAMAN.
Tuesday, 30 July 2013
PROGRAM HIYA RAMADHAN
Makluman kepada semua ibubapa penjaga serta murid-murid.
Satu program bagi mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak akan diadakan pada ketetapan di bawah.
Antara program yang dirancangkan adalah khatam Al Quran, sumbangan untuk anak-anak yatim dan sumbangan untuk pelajar miskin.
Tarikh: 1hb Ogos 2013
Hari: Khamis
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Dewan SKB 2
Harap maklum.
Tuesday, 23 July 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
Makluman kepada semua.
Pada hari ini 24/7/13 akan diadakan Ceramah Motivasi, majlis berbuka puasa, solat hajat dan bacaan Yasin sempena bulan Ramadhan Almubarak. Kehadiran tetamu jemputan amatlah di alu-alukan.
Program akan bermula pada pukul 5.45 ptg bertempat di dewan terbuka.
Harap maklum.
Wednesday, 17 July 2013
SABTU HARI PERSEKOLAHAN
Makluman kepada semua ibu bapa penjaga pada hari Sabtu ini bersamaan 20 Julai 2013 merupakan hari persekolahan menggantikan cuti untuk perayaan Hari Deepavali.
Sekian, harap maklum.
GB
Monday, 15 July 2013
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013
Makluman kepada semua ibu bapa penjaga bahawa pada hari ini pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Peperiksaan ini akan berlansung selama 3 hari bermula pada tarikh 16.Julai 2013 hingga 18 Julai 2013. Ibu bapa harus memberi kerjasama membantu anak-anak mereka supaya berusaha dan menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan yang sedang berlansung.
Sekian, terima kasih.
Thursday, 4 July 2013
MOTIVASI TAHUB 6 DAN HARI INTERAKSI TAHAP 2
Makluman. Pada petang ini akan diadakan Program motivasi tahun enam dan Hari interasksi tahap 2. Semua ibu bapa tahap 2 tahun 4, 5 dan 6 dijemput hadir. Masa dan waktunya pada pukul 3 hingga pukul 5.30 petang. Kehadiran ibu bapa sangat dialu-alukan.
Tuesday, 25 June 2013
penangguhan Aktiviti Luar Bilik Darjah
Makluman kepada semua ibu bapa dan pelajar. Memandangkan sejak akhir-akhir ini berlaku jerebu yang kuat dan ini boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan kepada pelajar-pelajar, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengurang atau menangguhkan dahulu semua aktiviti luar bilik darjah sehingga diberi tahu.
Sekian, terima kasih.
GB
Sunday, 23 June 2013
PENGISIAN MARKAH PKSR1 DALAM SAPS DAN KEMASKINI DATA PBS
Harap maklum kepada semua guru.
Pengisian markah SAPS dan PBS untuk PKSR 1 hendaklah dilaksanakan seperti yang diarahkan oleh pihak PPD.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
GB.
Tuesday, 18 June 2013
PENGISIAN MARKAH PKSR1 DALAM SAPS DAN KEMASKINI DATA PBS
Makluman kepada semua guru.Guru-guru diminta mengisi markah PKSR1 dan PBS dengan segera. Harap dapat selesai dalam minggu ini.
Terima kasih.
GB
Monday, 17 June 2013
Monday, 10 June 2013
PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) DAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan ditutup sementara kepada semua pengguna mulai Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 12 Jun 2013 untuk kerja-kerja penyelenggaraan teknikal.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zainuddin bin Abdullah (Penolong PPD Peperiksaan Dalaman) di talian 019-4268130 dan En. Rozaini bin Abu Bakar (Penolong PPD PBS) di talian 019-4358832.
Sunday, 9 June 2013
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
Tahniah. Tahniah. Tahniah. kepada guru-guru yang menerima APC. Usaha anda diiktiraf sebagai penyumbang kecemerlangan PdP sekolah. Kepada guru-guru lain anda sememangnya telah cemerlang cuma belum sampai masanya untuk menerima APC. Apapun berserah kepada yang kuasa rezeki Dia yang tentukan. Allahualam...
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru dan murid-murid.
Harapan semoga semua warga sekolah mempunyai komitmen yang jitu untuk
mengerakkan usaha supaya SKB 2 selangkah bergerak di hadapan.
"Guru Proaktif, pelajar produktif"
Thursday, 30 May 2013
PERHATIAN PENGEMASKINIAN DATA PBS DAN PEPERIKSAAN PKSR 1
Salam.
Semua guru diminta mengemaskini data PBS dan markah PKSR 1 dalam masa cuti ini.
Harap maklum.
Wednesday, 22 May 2013
Selamat bercuti, hati-hati dan jangan lupa buat ulangkaji
Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar.
Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Buat semua pelajar, jangan lupa
buat ulangkaji. Buat guru-guru, kerja yang belum beres selesaikan
dengan hati-hati.
Tuesday, 14 May 2013
DEDIKASI BUAT GURU-GURU SKB2
Sajak Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
USMAN AWANG
1979
Thursday, 9 May 2013
SEM|NAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP)
SEM|NAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) TAHUN 2013 ANJURAN BERSAMA
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) DAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(KPM) DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK (JPN).
Tarikh: 11 Mei 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Pakaian: Pakaian kerja
Tempat: SMK Sheikh Abd. Ghani Bidor
Wednesday, 1 May 2013
Karnival Bahasa Inggeris Kelompok 3
Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kelompok 3 diadakan pada ketatapan berikut:
Tarikh : 2hb Mei 2013
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan terbuka SK Bidor 2
Harap maklum.
Tuesday, 30 April 2013
SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA GURU DAN STAFF SOKONGAN
Terima kasih di atas segala sumbangan anda semua demi anak bangsa. Tenaga yang tuan puan berikan terlalu besar nilainya. Semoga Allah membalas setiap kebajikan yang tuan puan taburkan.
SELAMAT BERISTIREHAT DAN CERIA SELALU. SEMOGA TENANG DAN CERIA SELALU.
SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA WARGA SKB2
Friday, 26 April 2013
Pengorbanan ibu
Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ibu Ketika Gempa Bumi Di Jepun
Posted on Saturday, April 27 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Facebook Wan Mansor Wan Salleh
Ini adalah kisah benar Pengorbanan seorang Ibu semasa gempa bumi melanda di Jepun. Setelah Gempa bumi reda, ketika para penyelamat sibuk berusaha mengalihkan runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat-nya melalui celah-celah lubang runtuhan itu.
Tapi wanita tersebut dalam kedudukan yang begitu aneh, dia berlutut seperti seseorang yang sedang menyembah, tubuhnya condong ke depan, dan dua tangan yang mendukung satu benda. Runtuhan rumah itu telah menimpa punggung dan kepalanya. Dengan bersusah payah, ketua kumpulan penyelamat meletakkan tangannya melalui celah-celah yang sempit di dinding untuk mencapai tubuh wanita itu. Dia berharap wanita ini masih lagi hidup. Namun, tubuh itu dingin dan kaku menandakan bahawa wanita tersebut pasti telah meninggal dunia.
Ketua kumpulan penyelamat dan seluruh anggotanya lalu meninggalkan rumah itu. Namun kerana alasan tertentu, ketua kumpulan penyelamat itu tergerak hati untuk kembali ke rumah yang runtuh milik wanita malang tadi. Ketua penyelamat ini lalu berlutut lagi dan menggunakan kepalanya melalui celah-celah sempit untuk mencari sedikit ruang di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, ia berteriak dengan gembira, “Ada anak kecil ! Ada anak kecil !”
Lalu seluruh kumpulan penyelamat bekerja bersama-sama, dengan hati-hati mereka mengangkat timbunan runtuhan di sekitar wanita yang sudah meninggal itu. Ada seorang anak kecil berusia 3 bulan terbungkus selimut bunga-bunga di bawah mayat ibunya. Ternyata, wanita itu telah membuat pengorbanan untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya runtuh akibat gempa bumi dahsyat itu, ia menggunakan tubuhnya untuk membuat penutup untuk melindungi anaknya. Anak itu masih tidur lena ketika ketua penyelamat mengangkatnya.
Para doktor datang dengan pantas untuk menyelamatkan anak kecil itu. Setelah ia membuka selimut, ia melihat sebuah hand phone di dalam selimut. Ada pesan teks pada layar hand phone. Begini bunyinya, “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahawa aku mencintaimu.”
Hand phone ini beredar dari satu tangan ke tangan yang lain dalam kumpulan itu. Setiap tubuh yang membaca pesanan si ibu malang tersebut menangis. “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahwa aku mencintaimu.” Itu bermakna cinta ibu untuk anaknya hingga keakhir hayatnya.
Friday, 12 April 2013
PERTANDINGAN YANG BERLANSUNG HARI INI
Pertandingan yang berlansung hari ini.
Pertandingan sahiba peringkat daerah bertempat di SK BIDOR 2.
Pertandingan Gerak Tari Prasekolah peringkat kelompok bertempat di SK BIDOR.
Pertandingan Nasyid peringkat daerah berlansung di SABK Bidor.
Harap maklum.
Tuesday, 26 March 2013
Sunday, 10 March 2013
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
JADIKAN DIRI KITA YANG TERBAIK HARI INI, SIAPA YANG MENILAI KITA BUKAN SOAL YANG PENTING IKHLAS
Friday, 1 March 2013
Monday, 25 February 2013
PEMBERITAHUAN: PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013(SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013)
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2013: PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013(SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013)
Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 5 Tahun 2013 berkaitan perkara di atas. Surat ini terpakai kepada sekolah-sekolah yang memohon dan lulus cuti berganti Tahun Baru Cina sahaja.
Sunday, 24 February 2013
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Febuari 2013
Hari: Khamis
Masa: 2.30 petang
Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2
Perasmian Oleh : YB Datuk M Saravanan
Kehadiran ibu bapa penjaga amat diharap demi pendidikan anak-anak tuan puan.
GBskb2
Thursday, 21 February 2013
Tuesday, 5 February 2013
PERJUMPAAN IBU BAPA PENJAGA
Adalah dimaklumkan SK Bidor 2 akan mengadakan perjumpaan ibu bapa dan penjaga bersama anak mereka tahun 6 untuk berdiskusi bersama guru besar dan guru-guru mata pelajaran anak mereka. Tarikh perjumpaan adalah seperti ketetapan berikut:
Kumpulan 1: 5 Febuari 2013 (2.30 ptg)
Kumpulan 2: 6 Febuari 2013 (2.30 ptg)
Kumpulan 3: 7 Febuari 2013 (2.30 ptg)
Tujuan perjumpaan untuk berdiskusi berkaitan pencapaian pelajar tahun 6 dan persedian untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2013.
Kerjasama semua pihak amat diperlukan demi kecemerlangan UPSR 2013.
"GURU CEMERLANG, PELAJAR TERBILANG, SKB2 TERJULANG"
Thursday, 31 January 2013
PERSARAAN STAFF SEKOLAH
Dimaklumkan seorang guru SKB 2 telah bersara dari menjadi seorang guru bertarikh 31 Januari 2013. Beliau telah berkhidmat hampir 24 tahun.
Beliau berkhidmat di sekolah ini hanya selama 1 tahun 1 bulan. Beliau adalah Puan Mardhiana bt Mohd Radzi.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berada di sekolah ini.
Semoga beliau akan terus berjaya dalam hidup berkeluarga. Selamat bersara dari kami warga SKB 2.
Tuesday, 29 January 2013
UCAPAN PENGHARGAAN
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua JK BAP yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Program BAP yang berlasung semalam.
Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dikekalkan demi SKB 2.
GB
Sunday, 20 January 2013
CUTI PERAYAAN
Dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan pelajar-pelajar. Ketetapan di bawah adalah merujuk kepada cuti perayaan:
Tarikh : 24 Januari 2013 (Khamis)
Nota: Cuti sempena Sambutan Maulidul Rasul.
Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin)
Nota: Cuti Sempena Hari thaipusam.
GB
TAHNIAH DAN SYABAS
Kepada guru-guru dan semua ahli Pasukan Rugby Rimau SKB 2 di ucapkan tahniah kerana telah menjadi Johan Zon Utara dengan mengalahkan semua pasukan Zon Utara.
Semoga pertemua final di SK Proton City akan membuahkan kemenangan yang lebih besar.
GB
Thursday, 17 January 2013
MESY. JK PIBG SK Bidor 2
Makluman kepada semua JK PIBG.
Mesyuarat JK PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Januari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Tempat Bilik Gerakan SK Bidor 2
Sekian.
GB
Monday, 14 January 2013
PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013
Makluman.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013 daripada Sabtu, 26 Januari 2013 kepada Sabtu, 9 Mac 2013.
GB
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013 daripada Sabtu, 26 Januari 2013 kepada Sabtu, 9 Mac 2013.
GB
Sunday, 13 January 2013
KENAIKAN PANGKAT 32 HAKIKI
MAKLUMAN DAN SILA AMIBIL TINDAKAN
PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME BASED KHAS UNTUK PENYANDANG(KUP) KE JAWATAN-JAWATAN HAKIKI GRED DGA32 TAHUN 2013
GB
Wednesday, 9 January 2013
BANTUAN PERSEKOLAHAN MURID
Makluman kepada semua warga sekolah dan ibu bapa. Bantuan persekolahan murid akan mula diberikan mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh: 29 Januari 2013 ( Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2
Pelancaran dilaksanakan oleh: YB. Dato Samsuddin bin Abu Hassan DPMP, AMP, PPT
ADUN Kawasan AIR Kuning
Ibu bapa diminta hadir untuk Program Bantuan Persekolahan tersebut.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
GB
Saturday, 5 January 2013
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhinggga kepada semua guru-guru, staff dan pekerja yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam memberikan kerjasama bagi menjayakan Program Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada hari ini.
GB
Wednesday, 2 January 2013
MAJLIS SEPETANG BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Makluman.
Majlis sepetang bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Tarikh: 5hb Januari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 4.00 petang
Tempat: Dataran Kejat SK.Bidor 2
Kehadiran:
- Semua guru-guru
- Semua Jawatankuasa PIBG
- Dialu-alukan semua ibu bapa penjaga SK Bidor 2
Sekian.
Majlis sepetang bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Tarikh: 5hb Januari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 4.00 petang
Tempat: Dataran Kejat SK.Bidor 2
Kehadiran:
- Semua guru-guru
- Semua Jawatankuasa PIBG
- Dialu-alukan semua ibu bapa penjaga SK Bidor 2
Sekian.
Tuesday, 1 January 2013
SELAMAT PAGI CIKGU. HARI PERTAMA SEKOLAH
Selamat memulakan hari pertama persekolahan. Cikgu mengajar murid belajar. Mulakan dengan azam baru, cabaran baru, komitmen baru, semangat baru, harapan baru, cita-cita baru dan yang paling penting istiqomah dalam segala perbuatan di tahun baru.
Selamat memulakan hari persekolahan di tahun baru.
GB
Selamat memulakan hari persekolahan di tahun baru.
GB
Subscribe to:
Posts (Atom)