Monday, 25 February 2013

PEMBERITAHUAN: PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013(SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013)

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2013: PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013(SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013) Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 5 Tahun 2013 berkaitan perkara di atas. Surat ini terpakai kepada sekolah-sekolah yang memohon dan lulus cuti berganti Tahun Baru Cina sahaja.

Sunday, 24 February 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 28 Febuari 2013 Hari: Khamis Masa: 2.30 petang Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2 Perasmian Oleh : YB Datuk M Saravanan Kehadiran ibu bapa penjaga amat diharap demi pendidikan anak-anak tuan puan. GBskb2

Tuesday, 5 February 2013

PERJUMPAAN IBU BAPA PENJAGA

Adalah dimaklumkan SK Bidor 2 akan mengadakan perjumpaan ibu bapa dan penjaga bersama anak mereka tahun 6 untuk berdiskusi bersama guru besar dan guru-guru mata pelajaran anak mereka. Tarikh perjumpaan adalah seperti ketetapan berikut: Kumpulan 1: 5 Febuari 2013 (2.30 ptg) Kumpulan 2: 6 Febuari 2013 (2.30 ptg) Kumpulan 3: 7 Febuari 2013 (2.30 ptg) Tujuan perjumpaan untuk berdiskusi berkaitan pencapaian pelajar tahun 6 dan persedian untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Kerjasama semua pihak amat diperlukan demi kecemerlangan UPSR 2013. "GURU CEMERLANG, PELAJAR TERBILANG, SKB2 TERJULANG"

Thursday, 31 January 2013

PERSARAAN STAFF SEKOLAH

Dimaklumkan seorang guru SKB 2 telah bersara dari menjadi seorang guru bertarikh 31 Januari 2013. Beliau telah berkhidmat hampir 24 tahun. Beliau berkhidmat di sekolah ini hanya selama 1 tahun 1 bulan. Beliau adalah Puan Mardhiana bt Mohd Radzi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berada di sekolah ini. Semoga beliau akan terus berjaya dalam hidup berkeluarga. Selamat bersara dari kami warga SKB 2.

Tuesday, 29 January 2013

UCAPAN PENGHARGAAN

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua JK BAP yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Program BAP yang berlasung semalam. Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dikekalkan demi SKB 2. GB

Sunday, 20 January 2013

CUTI PERAYAAN

Dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan pelajar-pelajar. Ketetapan di bawah adalah merujuk kepada cuti perayaan: Tarikh : 24 Januari 2013 (Khamis) Nota: Cuti sempena Sambutan Maulidul Rasul. Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin) Nota: Cuti Sempena Hari thaipusam. GB

TAHNIAH DAN SYABAS

Kepada guru-guru dan semua ahli Pasukan Rugby Rimau SKB 2 di ucapkan tahniah kerana telah menjadi Johan Zon Utara dengan mengalahkan semua pasukan Zon Utara. Semoga pertemua final di SK Proton City akan membuahkan kemenangan yang lebih besar. GB

Thursday, 17 January 2013

MESY. JK PIBG SK Bidor 2

Makluman kepada semua JK PIBG. Mesyuarat JK PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 19 Januari 2013 Hari: Sabtu Masa: 9.00 pagi Tempat Bilik Gerakan SK Bidor 2 Sekian. GB

Monday, 14 January 2013

PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013

Makluman.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013 daripada Sabtu, 26 Januari 2013 kepada Sabtu, 9 Mac 2013.

GB

Sunday, 13 January 2013

KENAIKAN PANGKAT 32 HAKIKI


MAKLUMAN DAN SILA AMIBIL TINDAKAN

PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME BASED KHAS UNTUK PENYANDANG(KUP) KE JAWATAN-JAWATAN HAKIKI GRED DGA32 TAHUN 2013

GB

Wednesday, 9 January 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN MURID



Makluman kepada semua warga sekolah dan ibu bapa. Bantuan persekolahan murid akan mula diberikan mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 29 Januari 2013 ( Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2
Pelancaran dilaksanakan oleh: YB. Dato Samsuddin bin Abu Hassan DPMP, AMP, PPT
ADUN Kawasan AIR Kuning

Ibu bapa diminta hadir untuk Program Bantuan Persekolahan tersebut.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

GB

Saturday, 5 January 2013

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhinggga kepada semua guru-guru, staff dan pekerja yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam memberikan kerjasama bagi menjayakan Program Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada hari ini. GB

Wednesday, 2 January 2013

MAJLIS SEPETANG BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Makluman.

Majlis sepetang bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Tarikh: 5hb Januari 2013
Hari:   Sabtu
Masa:   4.00 petang
Tempat: Dataran Kejat SK.Bidor 2

Kehadiran:

- Semua guru-guru
- Semua Jawatankuasa PIBG
- Dialu-alukan semua ibu bapa penjaga SK Bidor 2

Sekian.

Tuesday, 1 January 2013

SELAMAT PAGI CIKGU. HARI PERTAMA SEKOLAH

Selamat memulakan hari pertama persekolahan. Cikgu mengajar murid belajar. Mulakan dengan azam baru, cabaran baru, komitmen baru, semangat baru, harapan baru, cita-cita baru dan yang paling penting istiqomah dalam segala perbuatan di tahun baru.

Selamat memulakan hari persekolahan di tahun baru.

GB

Monday, 31 December 2012

MAKLUMAN PENTING

Makluman kepada semua warga sekolah, esok Timbalan Pengarah, Ketua Sektor dan Pegawai PPD akan datang ke SKB2 atas urusan mesy. lawatan TPM pada 5 Januari ni.

Sehubungan dengan itu diminta semua warga sekolah bersedia dengan kehadiran Timbalan Pengarah bersama rombongannya. Pastikan kelas, bilik-bilik khas dan kawasan sekitarnya telah dikemaskini seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Elakkan penonjolan sebarang kelemahan.

Arahan,

GB

Sunday, 30 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru kepada semua guru,PIBG, staff, ibu bapa dan murid-murid.

Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.

Selamat Tahun Baru...

GB

Wednesday, 26 December 2012

MAKLUMAN KELAB RAGBI 2013

KELAB RAGBI 2013

Pertandingan peringkat daerah bermula pada bulan 1 2013

Pertandingan peringkat negeri bermula pada bulan 2/ 2013

Pertandingan peringkat kebangsaan bermula pada bulan 3/ 2013

KELAB RAGBI AKAN MENYERTAI/MENGAJURKAN

-MENYERTAI PERTANDINGAN MSSD BATANG PADANG
-PERTANDINGAN BAWAH 11 BIDOR 2 CUP
-PERTANDINGAN ANTARA RUMAH 1MURID 1SUKAN
-MENYERTAI RB7 ANJURAN SK RAPAT SETIA IPOH
-MENYERTAI GAJAH CUP SK SYS BATU GAJAH.

from;
Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin

Makluman Penting

Perhatian kepada semua guru-guru.

Menjelang buka sekolah sesi persekolahan 2013 pada 2 januari 2013 (Rabu). Semua kelas dan bilik-bilik P&P telah dikemaskini dan diuruskan dengan baik. Maklumat yang berkaitan dan carta organisasi seharusnya telah di pamerkan di dalam kelas.

Pemantauan akan dibuat pada minggu terakhir ini. Sebarang kemuskilan sila berhubung dengan pentadbir.

Arahan

GB


Tuesday, 25 December 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 2013

Pendaftaran Tahun 1 akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh: 28 Disember 2012
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan terbuka SKB 2

p/s: Urusetia pendaftaran Tahun 1 sila ambil perhatian.

GB

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin