Thursday, 31 January 2013

PERSARAAN STAFF SEKOLAH

Dimaklumkan seorang guru SKB 2 telah bersara dari menjadi seorang guru bertarikh 31 Januari 2013. Beliau telah berkhidmat hampir 24 tahun. Beliau berkhidmat di sekolah ini hanya selama 1 tahun 1 bulan. Beliau adalah Puan Mardhiana bt Mohd Radzi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berada di sekolah ini. Semoga beliau akan terus berjaya dalam hidup berkeluarga. Selamat bersara dari kami warga SKB 2.

Tuesday, 29 January 2013

UCAPAN PENGHARGAAN

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua JK BAP yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Program BAP yang berlasung semalam. Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dikekalkan demi SKB 2. GB

Sunday, 20 January 2013

CUTI PERAYAAN

Dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan pelajar-pelajar. Ketetapan di bawah adalah merujuk kepada cuti perayaan: Tarikh : 24 Januari 2013 (Khamis) Nota: Cuti sempena Sambutan Maulidul Rasul. Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin) Nota: Cuti Sempena Hari thaipusam. GB

TAHNIAH DAN SYABAS

Kepada guru-guru dan semua ahli Pasukan Rugby Rimau SKB 2 di ucapkan tahniah kerana telah menjadi Johan Zon Utara dengan mengalahkan semua pasukan Zon Utara. Semoga pertemua final di SK Proton City akan membuahkan kemenangan yang lebih besar. GB

Thursday, 17 January 2013

MESY. JK PIBG SK Bidor 2

Makluman kepada semua JK PIBG. Mesyuarat JK PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 19 Januari 2013 Hari: Sabtu Masa: 9.00 pagi Tempat Bilik Gerakan SK Bidor 2 Sekian. GB

Monday, 14 January 2013

PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013

Makluman.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013 daripada Sabtu, 26 Januari 2013 kepada Sabtu, 9 Mac 2013.

GB

Sunday, 13 January 2013

KENAIKAN PANGKAT 32 HAKIKI


MAKLUMAN DAN SILA AMIBIL TINDAKAN

PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME BASED KHAS UNTUK PENYANDANG(KUP) KE JAWATAN-JAWATAN HAKIKI GRED DGA32 TAHUN 2013

GB

Wednesday, 9 January 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN MURID



Makluman kepada semua warga sekolah dan ibu bapa. Bantuan persekolahan murid akan mula diberikan mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 29 Januari 2013 ( Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2
Pelancaran dilaksanakan oleh: YB. Dato Samsuddin bin Abu Hassan DPMP, AMP, PPT
ADUN Kawasan AIR Kuning

Ibu bapa diminta hadir untuk Program Bantuan Persekolahan tersebut.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

GB

Saturday, 5 January 2013

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhinggga kepada semua guru-guru, staff dan pekerja yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam memberikan kerjasama bagi menjayakan Program Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada hari ini. GB

Wednesday, 2 January 2013

MAJLIS SEPETANG BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Makluman.

Majlis sepetang bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Tarikh: 5hb Januari 2013
Hari:   Sabtu
Masa:   4.00 petang
Tempat: Dataran Kejat SK.Bidor 2

Kehadiran:

- Semua guru-guru
- Semua Jawatankuasa PIBG
- Dialu-alukan semua ibu bapa penjaga SK Bidor 2

Sekian.

Tuesday, 1 January 2013

SELAMAT PAGI CIKGU. HARI PERTAMA SEKOLAH

Selamat memulakan hari pertama persekolahan. Cikgu mengajar murid belajar. Mulakan dengan azam baru, cabaran baru, komitmen baru, semangat baru, harapan baru, cita-cita baru dan yang paling penting istiqomah dalam segala perbuatan di tahun baru.

Selamat memulakan hari persekolahan di tahun baru.

GB

Monday, 31 December 2012

MAKLUMAN PENTING

Makluman kepada semua warga sekolah, esok Timbalan Pengarah, Ketua Sektor dan Pegawai PPD akan datang ke SKB2 atas urusan mesy. lawatan TPM pada 5 Januari ni.

Sehubungan dengan itu diminta semua warga sekolah bersedia dengan kehadiran Timbalan Pengarah bersama rombongannya. Pastikan kelas, bilik-bilik khas dan kawasan sekitarnya telah dikemaskini seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Elakkan penonjolan sebarang kelemahan.

Arahan,

GB

Sunday, 30 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru kepada semua guru,PIBG, staff, ibu bapa dan murid-murid.

Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.

Selamat Tahun Baru...

GB

Wednesday, 26 December 2012

MAKLUMAN KELAB RAGBI 2013

KELAB RAGBI 2013

Pertandingan peringkat daerah bermula pada bulan 1 2013

Pertandingan peringkat negeri bermula pada bulan 2/ 2013

Pertandingan peringkat kebangsaan bermula pada bulan 3/ 2013

KELAB RAGBI AKAN MENYERTAI/MENGAJURKAN

-MENYERTAI PERTANDINGAN MSSD BATANG PADANG
-PERTANDINGAN BAWAH 11 BIDOR 2 CUP
-PERTANDINGAN ANTARA RUMAH 1MURID 1SUKAN
-MENYERTAI RB7 ANJURAN SK RAPAT SETIA IPOH
-MENYERTAI GAJAH CUP SK SYS BATU GAJAH.

from;
Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin

Makluman Penting

Perhatian kepada semua guru-guru.

Menjelang buka sekolah sesi persekolahan 2013 pada 2 januari 2013 (Rabu). Semua kelas dan bilik-bilik P&P telah dikemaskini dan diuruskan dengan baik. Maklumat yang berkaitan dan carta organisasi seharusnya telah di pamerkan di dalam kelas.

Pemantauan akan dibuat pada minggu terakhir ini. Sebarang kemuskilan sila berhubung dengan pentadbir.

Arahan

GB


Tuesday, 25 December 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 2013

Pendaftaran Tahun 1 akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh: 28 Disember 2012
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan terbuka SKB 2

p/s: Urusetia pendaftaran Tahun 1 sila ambil perhatian.

GB

Thursday, 13 December 2012

MESYUARAT GURU KALI 1/2013

Makluman kepada semua warga SKB2. Mesyuarat guru akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh:    17 Dis. 2012
Hari:        Isnin
Masa:     9.00 am
Tempat:  Hotel Seri Malaysia
Kehadiran : Wajib

TT,

GB




Monday, 3 December 2012

MESY PENGURUSAN SEKOLAH

Harap maklum, diminta semua penolong kanan SKB2 hadir ke sekolah untuk Mesy. Pengurusan Sekolah pada ketentuan berikut:

Tarikh: 5 Dis. 2012
Hari    : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan

Kehadiran: Tidak menguzurkan diri.

TT
Guru Besar




GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT JPN, PPD & SEKOLAH

Arahan.

Makluman kepada semua guru dan staff SK Bidor 2. Semua kakitangan sekolah dikehendaki hadir untuk Program seperti perkara di atas. Kehadiran adalah wajib.

Tarikh : 15 Disember 2012
Hari     : Sabtu
Masa  : 8.00 pagi

Aktiviti gotong-royong

1. Membersih dan mengemaskini kelas
2. Memastikan kelengkapan kelas mencukupi
3. Menyediakan papan kenyataan kelas dan hiasan
4. Mengemaskini dan menghias bilik guru
5. Mengemaskini dan menghias bilik-bilik khas

p/s:

Terima kasih kepada semua guru dan staff yang hadir bagi menjayakan Program Gotong Royong Perdana.

"Bersatu bertambah mutu" 

TT
GB



Sunday, 18 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Peratus lulus A+B+C             - 63.38%
Gred Purata Sekolah (GPS)  -2.48

JUMLAH DAPAT 5A      - 7 orang
JUMLAH DAPAT 4A1B - 5 orang
JUMLAH DAPAT 3A2B - 2 orang
JUMLAH DAPAT 2A3B - 6 orang

M/P LULUS ABC
M/P BM PEM      - 67 - 94.4%
M/P BM PEN      - 62 - 87.3%
M/P BI                  - 50 - 70.4%
M/P M3                - 52 - 73.2%
M/P SNS              - 61 - 85.9%



LULUS SEMUA MATA PELAJARAN  - 45 ORANG
PERATUS LULUS SEMUA M/P ABC - 63.38%


PELAJAR YANG MENDAPAT 5A


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin