Tuesday, 30 July 2013
PROGRAM HIYA RAMADHAN
Makluman kepada semua ibubapa penjaga serta murid-murid.
Satu program bagi mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak akan diadakan pada ketetapan di bawah.
Antara program yang dirancangkan adalah khatam Al Quran, sumbangan untuk anak-anak yatim dan sumbangan untuk pelajar miskin.
Tarikh: 1hb Ogos 2013
Hari: Khamis
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Dewan SKB 2
Harap maklum.
Tuesday, 23 July 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
Makluman kepada semua.
Pada hari ini 24/7/13 akan diadakan Ceramah Motivasi, majlis berbuka puasa, solat hajat dan bacaan Yasin sempena bulan Ramadhan Almubarak. Kehadiran tetamu jemputan amatlah di alu-alukan.
Program akan bermula pada pukul 5.45 ptg bertempat di dewan terbuka.
Harap maklum.
Wednesday, 17 July 2013
SABTU HARI PERSEKOLAHAN
Makluman kepada semua ibu bapa penjaga pada hari Sabtu ini bersamaan 20 Julai 2013 merupakan hari persekolahan menggantikan cuti untuk perayaan Hari Deepavali.
Sekian, harap maklum.
GB
Monday, 15 July 2013
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013
Makluman kepada semua ibu bapa penjaga bahawa pada hari ini pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Peperiksaan ini akan berlansung selama 3 hari bermula pada tarikh 16.Julai 2013 hingga 18 Julai 2013. Ibu bapa harus memberi kerjasama membantu anak-anak mereka supaya berusaha dan menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan yang sedang berlansung.
Sekian, terima kasih.
Thursday, 4 July 2013
MOTIVASI TAHUB 6 DAN HARI INTERAKSI TAHAP 2
Makluman. Pada petang ini akan diadakan Program motivasi tahun enam dan Hari interasksi tahap 2. Semua ibu bapa tahap 2 tahun 4, 5 dan 6 dijemput hadir. Masa dan waktunya pada pukul 3 hingga pukul 5.30 petang. Kehadiran ibu bapa sangat dialu-alukan.
Tuesday, 25 June 2013
penangguhan Aktiviti Luar Bilik Darjah
Makluman kepada semua ibu bapa dan pelajar. Memandangkan sejak akhir-akhir ini berlaku jerebu yang kuat dan ini boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan kepada pelajar-pelajar, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengurang atau menangguhkan dahulu semua aktiviti luar bilik darjah sehingga diberi tahu.
Sekian, terima kasih.
GB
Sunday, 23 June 2013
PENGISIAN MARKAH PKSR1 DALAM SAPS DAN KEMASKINI DATA PBS
Harap maklum kepada semua guru.
Pengisian markah SAPS dan PBS untuk PKSR 1 hendaklah dilaksanakan seperti yang diarahkan oleh pihak PPD.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
GB.
Tuesday, 18 June 2013
PENGISIAN MARKAH PKSR1 DALAM SAPS DAN KEMASKINI DATA PBS
Makluman kepada semua guru.Guru-guru diminta mengisi markah PKSR1 dan PBS dengan segera. Harap dapat selesai dalam minggu ini.
Terima kasih.
GB
Monday, 17 June 2013
Monday, 10 June 2013
PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) DAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan ditutup sementara kepada semua pengguna mulai Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 12 Jun 2013 untuk kerja-kerja penyelenggaraan teknikal.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zainuddin bin Abdullah (Penolong PPD Peperiksaan Dalaman) di talian 019-4268130 dan En. Rozaini bin Abu Bakar (Penolong PPD PBS) di talian 019-4358832.
Sunday, 9 June 2013
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
Tahniah. Tahniah. Tahniah. kepada guru-guru yang menerima APC. Usaha anda diiktiraf sebagai penyumbang kecemerlangan PdP sekolah. Kepada guru-guru lain anda sememangnya telah cemerlang cuma belum sampai masanya untuk menerima APC. Apapun berserah kepada yang kuasa rezeki Dia yang tentukan. Allahualam...
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru dan murid-murid.
Harapan semoga semua warga sekolah mempunyai komitmen yang jitu untuk
mengerakkan usaha supaya SKB 2 selangkah bergerak di hadapan.
"Guru Proaktif, pelajar produktif"
Thursday, 30 May 2013
PERHATIAN PENGEMASKINIAN DATA PBS DAN PEPERIKSAAN PKSR 1
Salam.
Semua guru diminta mengemaskini data PBS dan markah PKSR 1 dalam masa cuti ini.
Harap maklum.
Wednesday, 22 May 2013
Selamat bercuti, hati-hati dan jangan lupa buat ulangkaji
Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar.
Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Buat semua pelajar, jangan lupa
buat ulangkaji. Buat guru-guru, kerja yang belum beres selesaikan
dengan hati-hati.
Tuesday, 14 May 2013
DEDIKASI BUAT GURU-GURU SKB2
Sajak Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
USMAN AWANG
1979
Thursday, 9 May 2013
SEM|NAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP)
SEM|NAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) TAHUN 2013 ANJURAN BERSAMA
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) DAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(KPM) DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK (JPN).
Tarikh: 11 Mei 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Pakaian: Pakaian kerja
Tempat: SMK Sheikh Abd. Ghani Bidor
Wednesday, 1 May 2013
Karnival Bahasa Inggeris Kelompok 3
Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kelompok 3 diadakan pada ketatapan berikut:
Tarikh : 2hb Mei 2013
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan terbuka SK Bidor 2
Harap maklum.
Tuesday, 30 April 2013
SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA GURU DAN STAFF SOKONGAN
Terima kasih di atas segala sumbangan anda semua demi anak bangsa. Tenaga yang tuan puan berikan terlalu besar nilainya. Semoga Allah membalas setiap kebajikan yang tuan puan taburkan.
SELAMAT BERISTIREHAT DAN CERIA SELALU. SEMOGA TENANG DAN CERIA SELALU.
SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA WARGA SKB2
Friday, 26 April 2013
Pengorbanan ibu
Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ibu Ketika Gempa Bumi Di Jepun
Posted on Saturday, April 27 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Facebook Wan Mansor Wan Salleh
Ini adalah kisah benar Pengorbanan seorang Ibu semasa gempa bumi melanda di Jepun. Setelah Gempa bumi reda, ketika para penyelamat sibuk berusaha mengalihkan runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat-nya melalui celah-celah lubang runtuhan itu.
Tapi wanita tersebut dalam kedudukan yang begitu aneh, dia berlutut seperti seseorang yang sedang menyembah, tubuhnya condong ke depan, dan dua tangan yang mendukung satu benda. Runtuhan rumah itu telah menimpa punggung dan kepalanya. Dengan bersusah payah, ketua kumpulan penyelamat meletakkan tangannya melalui celah-celah yang sempit di dinding untuk mencapai tubuh wanita itu. Dia berharap wanita ini masih lagi hidup. Namun, tubuh itu dingin dan kaku menandakan bahawa wanita tersebut pasti telah meninggal dunia.
Ketua kumpulan penyelamat dan seluruh anggotanya lalu meninggalkan rumah itu. Namun kerana alasan tertentu, ketua kumpulan penyelamat itu tergerak hati untuk kembali ke rumah yang runtuh milik wanita malang tadi. Ketua penyelamat ini lalu berlutut lagi dan menggunakan kepalanya melalui celah-celah sempit untuk mencari sedikit ruang di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, ia berteriak dengan gembira, “Ada anak kecil ! Ada anak kecil !”
Lalu seluruh kumpulan penyelamat bekerja bersama-sama, dengan hati-hati mereka mengangkat timbunan runtuhan di sekitar wanita yang sudah meninggal itu. Ada seorang anak kecil berusia 3 bulan terbungkus selimut bunga-bunga di bawah mayat ibunya. Ternyata, wanita itu telah membuat pengorbanan untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya runtuh akibat gempa bumi dahsyat itu, ia menggunakan tubuhnya untuk membuat penutup untuk melindungi anaknya. Anak itu masih tidur lena ketika ketua penyelamat mengangkatnya.
Para doktor datang dengan pantas untuk menyelamatkan anak kecil itu. Setelah ia membuka selimut, ia melihat sebuah hand phone di dalam selimut. Ada pesan teks pada layar hand phone. Begini bunyinya, “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahawa aku mencintaimu.”
Hand phone ini beredar dari satu tangan ke tangan yang lain dalam kumpulan itu. Setiap tubuh yang membaca pesanan si ibu malang tersebut menangis. “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahwa aku mencintaimu.” Itu bermakna cinta ibu untuk anaknya hingga keakhir hayatnya.
Friday, 12 April 2013
PERTANDINGAN YANG BERLANSUNG HARI INI
Pertandingan yang berlansung hari ini.
Pertandingan sahiba peringkat daerah bertempat di SK BIDOR 2.
Pertandingan Gerak Tari Prasekolah peringkat kelompok bertempat di SK BIDOR.
Pertandingan Nasyid peringkat daerah berlansung di SABK Bidor.
Harap maklum.
Subscribe to:
Posts (Atom)