Tuesday 24 November 2015

UPSR 2015

KEJAYAAN ANAK-ANAK SK BIDOR 2

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 2015 DI ATAS KEJAYAAN UPSR YANG LALU...UNTUK YANG BERJAYA TERUSKAN KEJAYAAN...BAGI MURID YANG KURANG BERJAYA...JANGAN BERPUTUS ASA....TERUSKAN BERUSAHA, UPSR MERUPAKAN LANGKAH PERTAMA DI DALAM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN.

MURID YANG BERJAYA MENDAPAT 5A IALAH SYASYA SYAHMINA BT. NIZAM SHAH DAN NUR AFIQAH NABILAH BT. SHAMSUL.

UPSR 5A 

Bersama Keluarga Tersayang

Tahniah! Kepada Semua....

Pemenang Program NILAM 2015

PROGRAM NILAM


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Untuk itu SK BIDOR 2, telah melaksanakan program NILAM pada tahun ini dengan menawarkan hadiah utama bagi pembaca terbanyak. Pemenang ialah NUR FARA SHAKILA BINTI MUSA dari kelas 4 Elit yang telah membaca sebanyak 448 buah buku pada tahun 2015. Tahniah!

Tahniah! Nur Fara Shakila bt. Musa 4 Elit

pemenang diraikan bersama dengan Pn. Ruziah (PK 1), Pn. Hadijah (Penyumbang Hadiah) dan Pn. Siti Sofur (GPM)

Teruskan Kejayaan!

Thursday 12 November 2015

Tuesday 3 November 2015

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Ceramah Maal Hijrah

Disampaikan oleh:
Ustaz Safri b. Mahayedin

Masa:
8.00 pg - 10.00 pg

Tarikh & Hari:
4 November 2015 / Rabu

Pada 4 November 2015 SK Bidor 2, telah mengadakan sambutan Maal Hijrah. Semua guru dan murid-murid terlibat untuk mendengar sesi ceramah ini.

Jika ditelusuri sirah agung Nabi junjungan kita, penghijrahan yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bersama para sahabat terdahulu merupakan penghijrahan tingkatan iman ke tahap yang lebih tinggi demi mencapai taqwa kepada Allah s.w.t.
Hijrah ini menuntut pelbagai pengorbanan yang seharusnya dijadikan iktibar buat umat Islam.

Semoga warga SK Bidor 2, dapat mengambil iktibar menerusi program ceramah ini. 





Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin