Tuesday 30 July 2013

PROGRAM HIYA RAMADHAN

Makluman kepada semua ibubapa penjaga serta murid-murid. Satu program bagi mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak akan diadakan pada ketetapan di bawah. Antara program yang dirancangkan adalah khatam Al Quran, sumbangan untuk anak-anak yatim dan sumbangan untuk pelajar miskin. Tarikh: 1hb Ogos 2013 Hari: Khamis Masa: 7.40 pagi Tempat: Dewan SKB 2 Harap maklum.

Tuesday 23 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

Makluman kepada semua. Pada hari ini 24/7/13 akan diadakan Ceramah Motivasi, majlis berbuka puasa, solat hajat dan bacaan Yasin sempena bulan Ramadhan Almubarak. Kehadiran tetamu jemputan amatlah di alu-alukan. Program akan bermula pada pukul 5.45 ptg bertempat di dewan terbuka. Harap maklum.

Wednesday 17 July 2013

SABTU HARI PERSEKOLAHAN

Makluman kepada semua ibu bapa penjaga pada hari Sabtu ini bersamaan 20 Julai 2013 merupakan hari persekolahan menggantikan cuti untuk perayaan Hari Deepavali. Sekian, harap maklum. GB

Monday 15 July 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Makluman kepada semua ibu bapa penjaga bahawa pada hari ini pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Peperiksaan ini akan berlansung selama 3 hari bermula pada tarikh 16.Julai 2013 hingga 18 Julai 2013. Ibu bapa harus memberi kerjasama membantu anak-anak mereka supaya berusaha dan menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan yang sedang berlansung. Sekian, terima kasih.

Thursday 4 July 2013

MOTIVASI TAHUB 6 DAN HARI INTERAKSI TAHAP 2

Makluman. Pada petang ini akan diadakan Program motivasi tahun enam dan Hari interasksi tahap 2. Semua ibu bapa tahap 2 tahun 4, 5 dan 6 dijemput hadir. Masa dan waktunya pada pukul 3 hingga pukul 5.30 petang. Kehadiran ibu bapa sangat dialu-alukan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin