Tuesday 25 June 2013

penangguhan Aktiviti Luar Bilik Darjah

Makluman kepada semua ibu bapa dan pelajar. Memandangkan sejak akhir-akhir ini berlaku jerebu yang kuat dan ini boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan kepada pelajar-pelajar, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengurang atau menangguhkan dahulu semua aktiviti luar bilik darjah sehingga diberi tahu. Sekian, terima kasih. GB

Sunday 23 June 2013

PENGISIAN MARKAH PKSR1 DALAM SAPS DAN KEMASKINI DATA PBS

Harap maklum kepada semua guru. Pengisian markah SAPS dan PBS untuk PKSR 1 hendaklah dilaksanakan seperti yang diarahkan oleh pihak PPD. Kerjasama tuan/puan amat dihargai. GB.

Tuesday 18 June 2013

PENGISIAN MARKAH PKSR1 DALAM SAPS DAN KEMASKINI DATA PBS

Makluman kepada semua guru.Guru-guru diminta mengisi markah PKSR1 dan PBS dengan segera. Harap dapat selesai dalam minggu ini. Terima kasih. GB

Monday 17 June 2013

Monday 10 June 2013

PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) DAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan ditutup sementara kepada semua pengguna mulai Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 12 Jun 2013 untuk kerja-kerja penyelenggaraan teknikal. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zainuddin bin Abdullah (Penolong PPD Peperiksaan Dalaman) di talian 019-4268130 dan En. Rozaini bin Abu Bakar (Penolong PPD PBS) di talian 019-4358832.

Sunday 9 June 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Tahniah. Tahniah. Tahniah. kepada guru-guru yang menerima APC. Usaha anda diiktiraf sebagai penyumbang kecemerlangan PdP sekolah. Kepada guru-guru lain anda sememangnya telah cemerlang cuma belum sampai masanya untuk menerima APC. Apapun berserah kepada yang kuasa rezeki Dia yang tentukan. Allahualam...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru dan murid-murid. Harapan semoga semua warga sekolah mempunyai komitmen yang jitu untuk mengerakkan usaha supaya SKB 2 selangkah bergerak di hadapan. "Guru Proaktif, pelajar produktif"

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin