Thursday 31 January 2013

PERSARAAN STAFF SEKOLAH

Dimaklumkan seorang guru SKB 2 telah bersara dari menjadi seorang guru bertarikh 31 Januari 2013. Beliau telah berkhidmat hampir 24 tahun. Beliau berkhidmat di sekolah ini hanya selama 1 tahun 1 bulan. Beliau adalah Puan Mardhiana bt Mohd Radzi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berada di sekolah ini. Semoga beliau akan terus berjaya dalam hidup berkeluarga. Selamat bersara dari kami warga SKB 2.

Tuesday 29 January 2013

UCAPAN PENGHARGAAN

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua JK BAP yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Program BAP yang berlasung semalam. Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dikekalkan demi SKB 2. GB

Sunday 20 January 2013

CUTI PERAYAAN

Dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan pelajar-pelajar. Ketetapan di bawah adalah merujuk kepada cuti perayaan: Tarikh : 24 Januari 2013 (Khamis) Nota: Cuti sempena Sambutan Maulidul Rasul. Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin) Nota: Cuti Sempena Hari thaipusam. GB

TAHNIAH DAN SYABAS

Kepada guru-guru dan semua ahli Pasukan Rugby Rimau SKB 2 di ucapkan tahniah kerana telah menjadi Johan Zon Utara dengan mengalahkan semua pasukan Zon Utara. Semoga pertemua final di SK Proton City akan membuahkan kemenangan yang lebih besar. GB

Thursday 17 January 2013

MESY. JK PIBG SK Bidor 2

Makluman kepada semua JK PIBG. Mesyuarat JK PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 19 Januari 2013 Hari: Sabtu Masa: 9.00 pagi Tempat Bilik Gerakan SK Bidor 2 Sekian. GB

Monday 14 January 2013

PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013

Makluman.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013 daripada Sabtu, 26 Januari 2013 kepada Sabtu, 9 Mac 2013.

GB

Sunday 13 January 2013

KENAIKAN PANGKAT 32 HAKIKI


MAKLUMAN DAN SILA AMIBIL TINDAKAN

PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME BASED KHAS UNTUK PENYANDANG(KUP) KE JAWATAN-JAWATAN HAKIKI GRED DGA32 TAHUN 2013

GB

Wednesday 9 January 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN MURID



Makluman kepada semua warga sekolah dan ibu bapa. Bantuan persekolahan murid akan mula diberikan mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 29 Januari 2013 ( Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat : Dewan terbuka SK Bidor 2
Pelancaran dilaksanakan oleh: YB. Dato Samsuddin bin Abu Hassan DPMP, AMP, PPT
ADUN Kawasan AIR Kuning

Ibu bapa diminta hadir untuk Program Bantuan Persekolahan tersebut.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

GB

Saturday 5 January 2013

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhinggga kepada semua guru-guru, staff dan pekerja yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam memberikan kerjasama bagi menjayakan Program Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada hari ini. GB

Wednesday 2 January 2013

MAJLIS SEPETANG BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Makluman.

Majlis sepetang bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Tarikh: 5hb Januari 2013
Hari:   Sabtu
Masa:   4.00 petang
Tempat: Dataran Kejat SK.Bidor 2

Kehadiran:

- Semua guru-guru
- Semua Jawatankuasa PIBG
- Dialu-alukan semua ibu bapa penjaga SK Bidor 2

Sekian.

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT PAGI CIKGU. HARI PERTAMA SEKOLAH

Selamat memulakan hari pertama persekolahan. Cikgu mengajar murid belajar. Mulakan dengan azam baru, cabaran baru, komitmen baru, semangat baru, harapan baru, cita-cita baru dan yang paling penting istiqomah dalam segala perbuatan di tahun baru.

Selamat memulakan hari persekolahan di tahun baru.

GB

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin